4 Peraturan Syarat Brain Storm (Percambahan Minda )
Untuk menjalankan sebarang Percambahan Minda, terdapat 4 perkara asas yang mesti difahami supaya program percambahan minda yang sebenarnya akan berlaku dan mendapatkan hasil yang terbaik…
Perkara 1
Percambahan minda mestilah mengutamakan kuantiti dan bukannya kualiti. Semakin ramai peserta adalah semakin baik. Perbagai lapisan, kumpulan dan peringkat umur adalah semakin baik.
Perkara 2
Peserta diminta dan sepatutnya dibenarkan untuk melepaskan sebarang buah fikiran tanpa sebarang halangan. Benarkan semua peserta untuk menyebut apa sahaja dan apa sahaja yang terlintas.
Perkara 3
Membina idea-idea baru berdasarkan daripada idea-idea yang telah dicetuskan dan yang diperolehi.
Perkara 4
Dilarang untuk membuat sebarang penilaian awal dan tidak juga dibenarkan untuk mengkritik sebarang lontaran idea.