Qurban/Aqiqah Mindanao 2011

Qurban Mindanao 2011Pada tahun ini Yayasan Amal Malaysia sekali lagi menganjurkan program Qurban/Aqiqah ke seluruh pelusuk dunia. Aceh, Vietnam, Selatan Thai, Komboja, Laos, Sri Langka, Mindanao, Sudan dan Somalia adalah destinasi Yayasan Amal Malaysia pada tahun ini.
Yayasan Amal Terengganu pula diberi tugasan khas untuk menjalankan khidmat komuniti ini ke Mindanao. Kali ini Amal Terengganu akan ke Marawi City, salah satu bandar terbesar dan majoriti muslim. Kepada muslimin muslimat yang ingin ikut serta qurban atau aqiqah ini sila hubungi saya dengan segara. Borang penyertaan adalah seperti link berikut. http://www.yamct.org.my/?p=89