Program Dapur Rakyat Mangsa Banjir

image

السلام عليكم ورحمة الله
BANJIR di Pantai Timur telah mencapai paras amaran bahaya. Diramalkan air pasang mulai malam ini dan esok. Dengan ini jumlah mangsa akan terus meningkat. Di Terengganu, jumlah mangsa bertambah kepada 6,003 orang berbanding 5,981 orang malam tadi berikutan kawasan rendah dinaiki air laut pasang dan air sungai yang melimpah akibat hujan lebat di hulu sungai.
    
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Dungun masih mencatat mangsa tertinggi iaitu 2,174 orang, diikuti Kemaman (1,877), Kuala Terengganu (1,081), Hulu Terengganu (585), Besut (186), Marang (102) dan Setiu (22).
    
Sehingga pagi tadi, 63 pusat pemindahan beroperasi iaitu Besut (4), Dungun (17), Hulu Terengganu (10), Kemaman (22), Kuala Terengganu (6) sementara Maran dan Setiu (masing-masing 2)

Justeru Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama, Malaysian Emergency Disaster Management (MEDM), Muslim Care, Papisma dan beberapa NGO sedang berusaha gigih bagi menyantuni mangsa banjir di kawasan-kawasan terbabit. Satu program khidmat segera diadakan iaitu PROGRAM DAPUR RAKYAT. Di mana kami akan menyediakan juadah makanan kepada mangsa-mangsa banjir.

Sehubungan dengan itu bantuan dari rakyat keseluruhannya amat-amat diperlukan samada dalam bentuk wang ringgit mahupun bahan mentah. Kami memulakan program Dapur Rakyat ini di Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Kemudian akan dikembangkan ke kawasan lain. Ianya bergantung kepada tenaga tempatan, dana dan bahan mentah.

Kepada sesiapa yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Islamik atas nama Amal Terengganu Dana Bencana bernombor 563064131947. Segala maklumat lanjut boleh menghubungi Sdr Wan Mohd Ikhwan di talian +60 11-1069 3390 (PIC) / yayasanamaltrg@gmail.com atau saya di talian 0199563653 / suhazeli@yamct.org.my.

Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pengerusi Yamct
Ibupejabat YAMCT
LPT 30431, Tingkat Atas Rumah Kedai
Taman Hidayah Gong Badak, Kuala Terengganu  21300
Terengganu
www.yamct.org.my