Bantuan Kemanusiaan ke Nepal

image

Pasukan penyelamat pertama untuk misi kemanusiaan Nepal sedang berada di negara tersebut ketika ini. Pasukan ini telah diketuai oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia ,  Cikgu Hussin Ismail.  Turut serta dalam misi tersebut adalah dua orang doktor perubatan dan empat orang sukarelawan.  Misi ini membawa bantuan  perubatan dan barangan keperluan harian kepada mangsa – mangsa gempa di Nepal yang  berlaku pada 25 April 2015 yang lalu.
Laporan terkini menyatakan seramai lebih 7750 kematian, 17261 mangsa mangalami kecederaan dan 10 juta rakyat dari 28 juta terkesan dalam gampa bumi yang terburuk sejak 1934.
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu turut menghantar wakil dalam misi berkenaan.
“Saya mula sampai di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu petang semalam,  seterusnya disambut oleh Presiden Islamic Sangh of Nepal. Taklimat disampaikan dan perjalanan seterusnya ke wilayah Gurkha. Di mana, umat Islam minoriti yang juga menjadi mangsa teruk di sana.” Ujar Ustaz Wan Sukairi, wakil tunggal Yamct ke misi kemanusiaan Nepal.

” Maklumat terkini yang baru diterima keperluan yang mendesak adalah tempat perlindungan kerana keseluruhan rumah mereka telah ranap. ” tambah beliau lagi. 

Justeru itu Yayasan Amal Malaysia  melancarkan dana bencana untuk Nepal (#pray4nepal) bagi menyumbang keperluan tersebut. Pasukan kedua misi bantuan kemanusiaan ke Nepal akan bertolak pada 14 Mei 2015 yang akan diketuai oleh saudara Zaman Abdullah. 
Segala bentuk sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun  Maybank Islami atas nama Amal Terengganu  Dana Bencana  nombor akaun
563064131947.

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT
suhazeli@yamct.org.my
7 hb Mei 2015