YAYASAN AMAL MALAYSIA

Bantu Pelarian Yemen


image

1. Krisis perbuatan kuasa antara pemberontak Houti dan kerajaan Abd Rabbuh Mansur Hadi semakin meruncing. Ditambahi pula campur tangan Mesir dan Arab Saudi. Penglibatan Iran membantu Houti menyulitkan lagi keadaan.

2. Lebih 246,000 pelarian dari Somalia dan Etopia berada di Yamen sebagai negara berlindung setelah krisis yang belaku dalam negara mereka masing-masing. Keadaan ini bertambah parah dengan pelarian rakyat Yamen sendiri setelah berlaku perebutan kuasa sejak September 2014. UNHCR melaporkan jumlah pelarian Yamen meningkat sebanyak 334,000 orang.

3. Justeru Yayasan Amal Malaysia mengambil inisiatif membantu mangsa-mangsa perang dengan membuat pengumpulan dana bencana. Dana ini akan disampaikan melalui rakan NGO di sana bagi meringankan beban mereka dalam masa terdekat ini.

4. Sehubungan dengan itu bagi pihak YAMCT, satu perlancaran dana kemanusiaan bagi meringankan kesakitan dan penderitaan mereka. Antara keperluan segera yang amat diperlukan adalah bekalan air bersih, khemah dan makanan harian.

5. Segala bentuk sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank Islamik atas nama ‘Amal Terengganu  Dana Bencana’  nombor akaun 5630-6413-1947. Segala maklumat lanjut boleh menghubungi Ustaz Sukairi, sebagai koordinator isu Yamen YAMCT (019-9894125)

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT
019-9563653
suhazeli@yamct.org.my
2 hb Jun 2015