YAYASAN AMAL MALAYSIA

Wakaf Naskah Al Quran Syria


Iklan Waqaf Quran SyiriaAssalamualaikum.

Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu sekali lagi membuka ruang kepada orang ramai untuk sama-sama mewakafkan Al-Quran bagi pelarian Syiria di bumi Jordan.

Sasaran kami sebanyak 2000 naskah Quran untuk di agihkan kepada pelarian-pelarian Syiria di Al-Mafraq Jordan di mana kawasan ini merupakan penempatan khemah-khemah pelarian yang melarikan diri dari kekejaman basyar assad di negara mereka sendiri. Al-Mafraq merupakan sempadan antara Syiria dan terletak di utara Jordan.

Untuk program wakaf Quran ini, kami memutuskan akan ke sana pertengahan Januari 2016 bersama dalam satu misi menyampaikan dana pendidikan serta kelengkapan musim sejuk. Disana, kami akan di bantu oleh satu badan NGO yang di pimpin oleh anak muda Malaysia iaitu Tangisan Syiria di Bumi Jordan.

Sayugia kami memohon para penderma sekalian untuk bersama kami membantu mereka di sana. Senaskah Al-Quran berharga Rm25.00 dan anda boleh terus bank in ke Akaun MAYBANK yang tertera (5630-6413-1924) atas nama AMAL TERENGGANU DANA SYIRIA.

Atau boleh terus hubungi koordinator program-
MOHD FAUZI ABU SAMAH
013-923 8685

Sekian.

“Bantu Kami Untuk Bantu Mereka”