Kempen Derma Darah 2016

image17 JUN 2016. KUALA TERENGGANU. Satu majlis penyampaian penghargaan kepada NGO yang terlibat dalam penganjuran kempen darah bersama HSNZ sepanjang tahun. Majlis ini diadakan di MRSM Kuala Terengganu petang tadi sempena Hari Tabung Darah Sedunia. Terima kasih kepada pihak HSNZ kerana menganugerahkan YAMCT sebagai Penganjur paling aktif (NGO). Semoga dengan anugerah ini, akan terus memberi semangat kepada YAMCT dan seluruh Ajk untuk terus berkempen menambah darah kepada tabung darah HSNZ. Terima kasih dan jazakallah khair juga kepada Pengerusi dan semua AJK YAMCT diatas sokongan.

IMG-20160617-WA0171Untuk makluman semua, pada tahun ini YAMCT telah dan akan terus menganjurkan kempen derma darah ke masjid² seluruh Terengganu. Setakat dalam senarai hingga kini, 20 buah masjid yang sudi menjalin kerjasama menjayakan kempen ini. Program seumpama ini sudah masuk tahun ke 11.
Kami menjangkakan sebanyak 700 pint darah akan di kutip pada Ramadhan kali ini. Kami menyeru orang ramai agar datang beramai-ramai dilokasi masjid yang tersenarai untuk memberi derma darah. Sesungguhnya setitik darah anda memberi manfaat yang berpanjangan bagi seorang insan yang memerlukan, terutama apabila menjelang Aidil fitri nanti.
Kepada mana² masjid yang juga berminat untuk menganjurkan program yang sama bersama kami, boleh hubungi urusetia Sdr Ikhwan Arif di talian +601110693390 atau email admin@yamct.org.my.

IMG-20160616-WA0114Jadual program Derma Darah tahun 2016

8/6/2016
(Masjid Batu Burok)

10/6/2016
(Masjid Titian Baru)

14/6/2016
(Masjid INSTEP)

15/6/2016
(Masjid UniSZA)

19/6/2016
(Masjid Kubang Ikan)

20/6/2016
(Masjid Chendering)

21/6/2016
(Masjid Pengadang Baru)

21/6/2016
(Masjid Kg Butut, Kuala Berang)

23/6/2016
(Masjid Batu 6)

27/6/2016
(Masjid Gelong Bilal)

30/6/2016
(Masjid Rusila)

1/7/2016
(Masjid Wakaf Tembesu)

4/7/2016
(Masjid Kg Batin )

Sekian

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT

Save