YB Dr Rani Osman Akan Mengetuai Delagasi Amal Ke Mindanao, Philipina.

Yayasan Amal Malaysia akan menjalankan program cakna komuniti di Selatan Mindanao. Diantara program terbesar pada tahun ini adalah Qurban/Aqiqah. Disamping itu juga khidmat kesihatan akan dijalankan disana. Menurut Yb Dr Abd Rani Osman, Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia merangkap ADUN Meru, tumpuan khidmat kesihatan akan dijalankan di kem-kem pelarian Rakyat Islam mindanao.
Dr Abd Rani juga menyeru orang ramai sama-sama membantu mangsa pelarian yang berada dalam keadaan yang serba daif ini. Segala bentuk sumbangan atau ingin melakukan ibadah qurban/aqiqah disana boleh menghubungi beliau atau dapatkan borang penyertaan di laman web Yayasan Amal Terengganu.