Yayasan Amal Terengganu akan menghantar wakil ke Mindanao sempena Program Cakna Komuniti

Mesyuarat Yayasan Amal Malaysia Pusat pada 9hb Oktober 2010 (sabtu) lepas telah menyerahkan mandatnya kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu untuk menjadi tuan rumah bagi mengendalikan program cakna komuniti (Community Engagement Program) ke Mindanao tahun ini. sehubungan dengan itu pengerusi Amal Terengganu dan beberapa exconya termasuk bendahari telah bersetuju untuk menjadi wakil bagi pihak Amal untuk menyampaikan hasrat ini. Program teras yang akan dijalankan adalah Qurban/Aqiqah. Kita juga telah bersetuju untuk mengadakan program ini ditempat yang majoriti mempunyai penduduk Islam berhampiran dengan Zamboaga (barat Mindanao).
Amal Terengganu sekali lagi menyeru kepada mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk berkorban/aqiqah disana pada tahun ini.
Pendaftaran dibuka sehingga tarikh akhir 7hb Nov 2010. Permohonan boleh dibuat melalui no telefon 019-9563653 atau sms nama serta jumlah bahagian yang dikehendaki. Pendaftaran boleh juga dilakukan secara online http://www.yamct.org.my/?p=89.