Delegasi Bantuan Hiba Melihat Kedaifan Pelarian Syria

whatsapp-image-2017-01-08-at-20-25-00Rehanly Hatay 8 Januari 2017. 3 Trak yang telah di atur oleh Cansuyu akan membawa bekalan berupa bekalan makanan, keperluan bayi dan keperluan untuk kebersihan ke wilayah idlib di Syria petang ini.

Selain daripada itu, tikar musim sejuk juga akan di bekalkan kesana dengan muatan sebuah trak. Kesemua trak-trak ini akan mula bergerak petang ini dan esok ada lagi dua buah trak yang akan membawa bekalan yang sama.

“Bantuan ini akan di agihkan kepada pelarian di dalam Idlib dan Reyhanli yang mana di sekitar kawasan ini di anggarakan seramai 100 ribu pelarian yang melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan” kata Mohd Fauzi Abu Samah

whatsapp-image-2017-01-09-at-09-08-38“Air mata saya berguguran apabila di beri peluang melawat sebuah bangunan yang separuh siap yang mana saya di maklumkan di tempat ini di jadikan sebagai Hospital bagi merawat warga Syria yang terkena serangan di negara mereka. Ada yang patah kaki, ada yang buta dan ada yang lumpuh, ketika ini saya tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat sendiri nasib yang menimpa mereka” Kata Mohd Fauzi Abu Samah lagi

Misi kali ini di gerakkan ke Turkey pada kali ini memandangkan sudah 4 tahun kebalakangan ini banyak bantuan kami hantar di sempadan Jordan Al-Mafraq. Untuk kali ini, YAMCT banyak fokuskan ke Turkey dengan kerjasama Cansuyu salah satu NGO berdaftar di Turkey. Di Turkey sahaja dimaklumkan seramai 3.5 juta pelarian yang telah melarikan diri mencari perlindungan.

“Di jordan pula bukan kami abaikan, InsyaAllah pada 12 januari nanti kami delegasi YAMCT bergerak ke jordan pula bagi tujuan yang sama. Di sana kita akan cuba fokuskan bekalan bantuan hanya untuk pelarian di dalam Jordan.” Kata Mohd Fauzi Abu Samah

whatsapp-image-2017-01-09-at-09-08-58“Pada awalnya kami memang rancang untuk membawa semua Delegasi YAMCT ke dalam Idlib, oleh kerana pihak kami Cansuyu di berikan maklumat bahawa berlaku situasi yang amat berisiko di dalam Idlib sendiri selepas Aleppo di gegarkan serang demi serangan maka kami memutuskan hanya membawa delegasi ke pintu sempadan di Rehanly Hatay” jawab Yilmaz Balcin wakil NGO Cansuyu

Menurut Che Salmi Ibrahim pula “Kami amat berpuas hati dengan apa yang di aturkan oleh Cansuyu dari awal hingga akhir persiapan bekalan bantuan ke Syria. Pada mulanya kami tidak menjangkakan persiapan sebegini rupa. Dan kami amat kagum dengan semua yang di aturkan sehingga kami di beri peluang untuk melihat sendiri bekalan ini dibawa ke pintu sempadan”.

whatsapp-image-2017-01-08-at-20-24-59Pada ke esokkan hari pula Delegasi YAMCT akan di bawa ke Sekolah anak-anak Syria untuk melihat sendiri perjalanan persekolahan yang menempatkan majoriti anak yatim dari Syria.

InsyaAllah, segala sumbangan dari rakyat Malaysia akan di salurkan kepada sasaran yang memerlukan.