Qurban & Aqiqah ke Mindanao 1431

Insyaallah pada tahun ini sekali lagi Yayasan Amal malaysia Cawangan Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Qurban & Aqiqah ke Mindanao. Pengalaman dari tahun lepas kita telah berjaya menguruskan program tersebut sebanyak lebih dari 40 ekor lembu dan 20 ekor kambing. Pada tahun ini kita merancang untuk masuk ke kawasan pendalaman yang kawasan pelariannya lebih memerlukan. Jika anda berminat boleh menghubungi kami.