Assalamu’alaikum wbh.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Rakaman penghargaan, Jazakallah khair dan terima kasih pada semua sahabat-sahabat yang sama-sama turun padang menjayakan Program Derma Darah tahun 2017 ini.
Cg Hj Razali Mat Yunos berkata “kita telah melepasi target dan berjaya mengumpul 923 pain darah yang melibatkan 20 buah Masjid meliputi kawasan Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu dan Besut. Kita mendoakan agar ada penglibatan kawasan lain khususnya Dungun yang biasa mengadakan program ini, tapi gagal untuk meneruskannya tahun ini.”
Ketua koordinator program derma darah YAMCT itu berkata lagi “kita akan meneruskan khidmat kemanusiaan ini untuk tahun- tahun akan datang sejajar dengan  motto kita “BERAMAL KERANA ALLAH” kerana setitik darah adalah amat bernilai untuk nyawa manusia.”
Beliau mendoakan agar Allah SWT. menganugerahkan amal dan kerja kita semua itu sebagai amalan soleh, yang akan menjadi saksi bila dibicarakan di Mahkamah Kadhi Rabbil Jalil nanti dan jadi bukti untuk kita menjadi Penghuni Syurga Allah nanti …. Insyaallah.”
Hj. Razali Mat Yunos

Koordinator Program.