​*#Derma_Darah_Amalan_Mulia*
Masuk tahun ke-11 Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama dari Tabung Darah Hospital dan masjid-masjid terpilih seluruh Terengganu. Sambutan yang kami perolehi amat memberangsangkan. Sasaran kami pada tahun ini sebanyak 873 bag darah. Jumlah ini adalah 10% penambahan dari tahun lepas. Program ini melibatkan 22 buah masjid seluruh Terengganu. Majoritinya adalah disekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Daerah Kemaman dan Besut juga tidak ketinggalan dalam turut serta memeriahkan program derma darah ini.

.

Desakan mengadakan program seumpama ini bermula atas keperihatinan YAMCT yang melihat kes-kes yang memerlukan darah terutamanya dimusim perayaan. Dengan harapan, sedikit sumbangan dari para penderma ini akan mengurangkan beban pihak hospital yang senantiasa ketidakcukupan darah menjelang hari lebaran.

.

Darah adalah salah satu hak milik setiap manusia yang begitu berharga. Ianya perlu dijaga kerana melibatkan maruah. Akan tetapi, nilai harga yang mahal ini, terdapat insan yang sanggup menderma demi kelangsungan hidup manusia lain. Sesuai dengan konsep galakan sedekah dan menderma di bulan Ramadhan, menderma darah sudah tentu mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda. Atas satu niat, memberi manfaat kepada kehidupan orang lain.

“Barangsiapa memberi kehidupan kepada manusia, maka seolah-olah dia memberi kehidupan kepada manusia secara keseluruhan”.

.

Saya menyeru, dengan berbaki hari-hari terakhir Ramadhan kali ini, marilah sama-sama kita menyumbang darah diprogram derma darah anjuran bersama YAMCT dan pihak Tabung Darah hospital seluruh Terengganu.

.

Jadual Derma darah yang telah dan akan dijalankan adalah seperti berikut:

1) 29 Mei di Masjid Batu Buruk

2) 30 Mei di Masjid Kubang Ikan

3) 31 Mei di Surau Gelung Bilal

4) 2 Jun di Masjid Rhu Muda

5) 3 Jun di Masjid At-taqwa Durian Burung

6) 4 Jun di Masjid Titian Baru

7) 9 Jun di Masjid Padang Landak, Jertih

8) 11 Jun di Masjid Jamek Pengadang Baru

9) 12 Jun di Masjid Kg Butut Kuala Berang

10) 12 Jun di Masjid Jamek, Kerteh

11) 15 Jun di Masjid UniSZA

12) 13 Jun di Masjid Buluh Gading

13) 14 Jun di Masjid Instep, Batu Rakit

14) 14 Jun di Masjid Tengku Mizan, Kerteh

15) 15 Jun di Masjid Tok Sabah, Besut

16) 16 Jun di Masjid Rusila MMarang

17) 17 Jun di Masjid At Taqwa Pekan Batu 6

18) 19 Jun di Masjid Al Furqan

19) 22 Jun di Masjid Wakaf Tembesu

20) 23 Jun di Masjid Kg Batin

21) 7 Julai di Masjid Lahar Kota Putra, Kg. Raja, Besut

22) 14 Julai di Masjid Jamek Pengadang Baru.
Dr Suhazeli Abdullah

Timb Pengerusi YAMCT