Khartoum 11 Sept 2016: Majlis pembelian dan penyerahan wakil sebahagian dari lembu dan kambing di 3 tempat (Selatan Sudan, Darfur -Khartoum dan Darfur -Darfur) Qorban kepada Yayasan Al Ehsan Sudan. Lembu dan kambing ini akan dilaksanakan pada esok, lusa oleh wakil Yayasan Amal Malaysia bersama Yayasan Al Ehsan. Manakala sebahagian besar lagi lembu dan kambing akan dibuat penyembelihan di Kassala dan Gardarif. Doakan perjalanan kami.
Sebanyak 727 ekor lembu dan 543 ekor kambing telah berjaya disumbangkan oleh para peserta seluruh negara bagi ibadah Qorban dan Aqiqah di Sudan pada tahun ini. Kesemua sumbangan qorban tersebut akan diwakilkan amanah kepada kami bagi menyempurnakannya. Terima kasih atas kepercayaan semua pihak.