

Amal Terengganu menggesa kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri mengesahkan kejadian tersebut dan seterusnya menjalankan siasatan yang terperinci. Jika ianya benar berlaku, tindakan undang-undang wajib dikenakan kepada individu atau kumpulan yang terbabit. Kejadian sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara yang mempunyai semangat toleransi yang tinggi antara agama.