Site Loader

Antakya 9 Januari 2017. Hari ini delegasi misi kemanusiaan Syria YAMCT di bawa melawat ke Sekolah Fatimatul Zehra Okulu, sebuah sekolah yang menempatkan anak-anak Syria.
Sekolah ini menempatkan seramai 457 orang pelajar yang mana ada dua sesi pembelajaran iaitu satu sesi pagi yang mana pelajar-pelajar sekolah rendah manakala sesi petang pula pelajar sekolah menengah. Disini semuanya anak-anak Syria yang melarikan diri mendapatkan perlindungan.
Menurut kata mudir sekolah Puan Najla Hijazy, “Sekolah ini telah beroperasi 3 tahun lebih dan segala kos operasi sekolah ini beliau cari sendiri dan ada juga sumbangan dari Cansuyu serta kerajaan Turkey”. Katanya
Delegasi YAMCT mengambil peluang bersama dengan anak-anak Syria di dalam kelas serta mengagihkan gula-gula subangan dari SABASUN.
“Penting bagi anak-anak ini meneruskan pengajian mereka untuk terus membesar supaya dapat menyumbang kepada generasi akan datang. Kami berkomitmen tinggi untuk membantu sekolah-sekolah seperti ini supaya mereka terus boleh beroperasi dengan lancar. Kami juga pihak YAMCT menghulurkan sumbangan kewangan kepada mudir sekolah Puan Najla Hijazy” kata cikgu Fauzi Abu Samah
Mereka Anak-anak di sekolah ini kebanyakannya bermula sesi persekolahan dari umur 4 tahun sehingga 18 tahun. 
Kami doakan semoga mereka terus berjaya dalam pelajaran dan kehidupan walaupun situasi mereka sekarang berada di bukan tanah air mereka sendiri insyaAllah.
Bagi anda yang ingin terus menyumbang boleh salurkan terus ke akaun MAYBANK AMAL TERENGGANU DANA SYURIA 563064131924. Atau boleh juga hubungi Cikgu Fauzi Abu Samah 013-923 8685

Post Author: admin