Banjir semakin parah, bantuan anda diperlukan

Situasi banjir di seluruh Terengganu semakin membimbangkan. Berita yang baru diterima menyatakan seluruh  Kampung Air Putih Kemaman telah tenggelam. Semua mangsa sudah dipindahkan di tempat yang selamat. Beberapa jalan utama di daerah Kemaman dan Hulu Terengganu juga terputus.  Tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terbabit. Kami menasihatkan seluruh rakyat Terengganu mengawasi harta, dokumen penting dan keluarga dari terlibat dalam sesuatu bencana yang tidak diingini.   Sehubungan dengan itu juga, bantuan segera telah diaturkan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu untuk disampaikan kepada mangsa banjir yang terbabit melalui Jabatan Amal setiap kawasan yang terbabit. Semoga dengan sedikit sumbangan yang akan disampaikan itu, akan mengurangkan beban mereka yang menanggung musibah ini. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu juga dengan ini melancarkan kutipan derma banjir. Kami memohon seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia amnya yang prihatin bersama-sama merasai lapar dan dahaga dalam kesejukan musim banjir ini, untuk menghulurkan sedikit bantuan yang termampu. InsyaAllah semua kutipan tersebut akan diserahkan kepada mangsa yang terbabit. Sayugia Segala bentuk sumbangan dimasukkan ke akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu bernombor 513014036939.  Segala maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Pengerusi Amal Negeri Terengganu Dr Hj Suhazeli bin Abdullah (0199563653 / suhazeli@yahoo.com) atau Bendahari En Wan Azhar Sulaiman (0129810956) Dr Haji Suhazeli Abdullah Pengerusi Yayasan Amal Malaysia  Cawangan Terengganu