Bantuan Covid 19
Category

Bantuan Covid-19

Khamis, 26 March 2020.
Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan kami menghulurkan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada para petugas barisan hadapan pusat saringan COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
 
Seterusnya bantuan turut dihulurkan kepada seramai 60 orang anggota Jabatan Amal Malaysia (Terengganu) yang berpendapatan gaji harian. Buat masa ini bantuan disasarkan ke kawasan Kuala Nerus, Marang, dan Kuala Terengganu terlebih dahulu. Kawasan-kawasan yang lain insya Allah akan menyusul kemudian.

Doakan moga-moga ada rezeki lagi untuk kawasan-kawasan lain. Terima kasih kepada semua khususnya para dermawan yang telah menyumbang.
 
 

Bantuan kepada anggota Jabatan Amal Malaysia
 

Bantuan kepada kakitangan HSNZ