Ceramah Jambori Amal Terengganu 2009

KUALA BERANG, 18HB Julai 2009: Pengerusi Amal Terengganu telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk ‘Asas Pertolongan Cemas’ kepada peserta Unit Amal yang mengadakan Jambori Amal tahunan peringkat negeri Terengganu baru-baru ini.
Ceramah tersebut menyentuh mengenai peri pentingnya asas pertolongan cemas kepada semua anggota unit amal yang saban hari bertugas dilapangan. Penekanan yang diberikan dalam ceramah tersebut adalah kaedah CPR dan bantu mula orang yang tercekik.
Pengarah Unit Amal Terengganu, Sdr Saiful Ambiya Darusa akan menjemput kembali Yayasan Amal Terengganu untuk memberikan satu kursus khas untuk melengkapkan diri setiap anggota amal mengenai asas pertolongan cemas secara lebih terperinci.