
Kenyataan Media Sosial Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
1. Hujan mencurah-curah telah turun di keseluruhan daerah Terengganu bermula pagi semalam. Berikutan itu juga amaran banjir kod jingga telah diisytiharkan oleh Jabatan Meteriologi Kementerian Teknologi dan Alam sekitar jam 11 pagi tadi. Hujan yang lebat akan melanda negeri Terengganu mulai hari ini sehingga 19 Nov 2014.
2. Banjir akan melanda di daerah-daerah yang terlibat dan berada di kawasan rendah bila-bila masa dari sekarang. Justeru Amal Terengganu melancarkan dana bencana bagi membantu mangsa-mangsa yang mungkin akan terlibat dalam banjir. Pengalaman lepas, Amal Terengganu menganggarkan lebih dari RM100 ribu ringgit diperlukan bagi membantu mangsa dan membaikpulih prasarana yang terjejas. Kepada penderma yang dermawan boleh menyalurkan dana akhirat anda ke Akaun Maybank Islamik Amal Terengganu Dana Bencana 563064131947. Segala maklumat lanjut boleh menghubungi Setiausaha Kerja Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu, Sdr Wan Mohd Ikhwan Wan Arif di talian 011-10693390 atau email yayasanamaltrg@gmail.com.
3. Semoga segala usaha kita diterima olehNya sebagai amalan Soleh yang akan menjadi saksi di depan Mizan nanti.
Amal Kerana Allah
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
0199563653
suhazeli@yamct.org.my
www.yamct.org.my