SELASA, 22 SEPTEMBER 2020. Alhamdulillah program AmalNita di 5 buah PASTI daerah Marang iaitu Pasti Al-Iman, Pasti, Pasti Al- Husna, Pasti Al- Islah, Pasti As-Sakinah dan Pasti Al-Abrar telah berjaya direalisasikan. Menerusi program ini, pihak AmalNita dibawah Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu telah mengagihkan 34 naskah Al-quran kepada guru-guru PASTI serta cenderahati (stoking).
Semoga dengan pemberian naskah Al-quran tersebut dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada guru-guru PASTI. Terima kasih kepada semua AJK dan relawan AmalNita yang terlibat bagi menjayakan program ini.