Khidmat Kemasyarakatan di Marawi City, Mindanao

MARAWI, Mindanao – Yayasan Amal Malaysia telah berjaya sampai di Bandar Islam Marawi bagi menyempurnakan misi khidmat kemasyarakatan di Mindanao. Objektif utama kali ini adalah menyempurnakan ibadah Qurban dan aqiqah.
Hari pertama di Marawi, rombongan misi Amal yang diketuai oleh Dr Hj Suhazeli Abdullah (Pengerusi Amal Terengganu) melawat sebuah Hospital Swasta berkebajikan milik Dr Hj Safrullah M. Dipatuan. Beliau yang juga Pengerusi Bangsamoro Development Authority (BDA), berkata hospital tersebut menerima purata kira-kira 20 pesakit luar sehari dan menyediakan khidmat  rawatan lanjutan dengan kapasiti 50 katil.
“Kita ada empat orang doktor yang bekerja sepenuh masa selain dari doktor-doktor pelawat yang datang secara berkala,
“lebih kurang 20 orang pesakit luar yang kami terima pada setiap hari dan mereka akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya memerlukan rawatan lanjutan,”ujarnya.
Delegasi Yayasan Amal yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Suhazeli Abdullah, tiba di bandar Marawi pada 5 November dalam misi kemanusiaan sempena Eidul Adha pada tahun ini.