
Banjir gelombang kedua di Pantai Timur Tanah Air melanda semenjak 3 hari lalu. Negeri yang terjejas teruk kali ini adalah Kelantan. Namun Terengganu juga mencatatkan mangsa banjir semakin meningkat. Terdapat 128 pusat perpindahan banjir yang melibat 2527 keluarga, atau 8806 orang menjadi mangsa banjir kali ini di seluruh 7 daerah Terengganu.
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyeru orang ramai untuk terus memberikan keprihatinan terhadap mangsa banjir. Maklumat yang diperolehi di pusat-pusat pemindahan banjir adalah kekurangan blanket/selimut bagi mengurangkan kesejukan mangsa-mangsa.
Justeru, sumbangan amat diperlukan. Segala sumbangan anda boleh disalurkan ke;
Maybank Islamik
Nama: Amal Terengganu Dana Bencana
No: 563064131947
Pengerusi Yamct
www.yamct.org.my
19.12.2014