
1. Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada seluruh peserta dari dalam dan luar negara sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 di Rusila Terengganu pada 19 hingga 22 Mac nanti. Semoga para peserta yang terlibat mendapat manfaat yang optimum dari Ijtima yang akan diadakan ini.
2. Sayugia para peserta dan para pimpinan yang menjayakan Ijtima kali ini mengambil beberapa langkah penjagaan kesihatan. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bahawa keadaan iklim sekarang adalah panas yang memuncak. Ianya boleh mencecah suhu kepanasan melebihi 40°C. Justeru peringatan penjagaan kesihatan amat penting bagi mengelakkan strok haba (Heat Stroke).
3. Jika para peserta mengalami tanda-tanda yang berikut silalah ke khemah rawatan kesihatan yang telah disediakan oleh urusetia. Tanda-tandanya adalah:
i. Panas badan yang melampau
ii. Loya dan muntah
iii. Pening kepala
iv. Pitam/pengsan
v. Jantung berdebar
vi. Pernafasan kencang
vii. Berpeluh dan menggeletar.
Sila dapatkan bantuan para bentara/urusetia Ijtima untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pihak urusetia juga menyediakan perkhidmatan ambulans dan petugas tunggu sedia sepanjang Ijtima.
4. Semua peserta dinasihatkan sentiasa:
i. Berada di tempat yang teduh atau menggunakan payung jika keluar di kawasan lapang.
ii. Banyakkan minum air sepanjang program. Paling minima air minuman bersih adalah tujuh gelas sehari.
iii. Ambil makanan yang bersih serta penyediaan makanan yang baharu bagi mengelakkan keracunan.
iv. Senantiasa bersihkan tangan sebaik sahaja keluar dari tandas.
v. Bersegera mendapatkan bantuan perubatan jika berlaku kejadian yang tidak diingini.
vi. Tidak merokok sepanjang program. Jika masih merokok, ambil tarikh Ijtima ini sebagai tarikh keramat untuk terus berhenti.
vi. Memakai mask/penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan debu.
Selamat berijtimak