Site Loader

image

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) akan sekali lagi ke Kelantan hujung minggu ini (8 – 9 Januari 2015) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa #banjirkelantan.

Kali ini YAMCT akan memfokuskan kepada 3 aktiviti utama dan sangat mendesak:

1. Program Boreng Air (Tube well) kepada 5 lokaliti strategik sekitar Kuala Krai, Kusial dan Gual Ipoh. Tenaga tambahan amat diperlukan bagi membantu melicinkan gerak kerja pemasangan Boreng Air ini. Pengarah Boreng Air ini adalah Hj Zuber Salim bersama dengan Team Pakar Boreng Air Paka, Dungun.

2. Penyerahan set lengkap dapur gas yang bernilai RM150/set. Setakat ini YAMCT melalui sumbangan orang ramai telah berjaya mendapatkan 120 set lengkap dapur gas berkenaan. Kami mengamalkan konsep door-to-door kerana tidak mahu menyusahkan wakil tempatan yang juga turut mengalami musibah banjir. Justeru tenaga relawan amat didambakan bagi melicinkan proses penghantaran door-to-door tersebut.

3. Program Dapur Rakyat yang sebelum ini telah dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia akan juga diteruskan di Kampung Kuala Nal. Team masakan yang akan diketuai oleh Cg Mohd Nawi dan bantuan dari Ameerah akan dikerahkan ke sana. YAMCT menganggarkan 500 mangsa banjir akan tersantun dengan penyediaan Dapur Rakyat ini.

Kami mempelawa para sukarelawan untuk turut meluangkan masa bersama dalam Operasi Help Kelantan 2.0 ini.

Sesiapa yang berminat menyertai atau turut menghulurkan bantuan sila hubungi Sdr Wan Mohd Ikhwan, Penyelaras Operasi Bantuan Banjir YAMCT di talian
011-10693390 atau email ikhwan@yamct.org.my.

“Amal kerana Allah”

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT
0199563653
suhazeli@yamct.org.my
No Akaun Maybank Islamik: Amal Terengganu Dana Bencana bernombor 563064131947

Post Author: admin