Site Loader

image

1. Situasi banjir di negeri Terengganu semakin parah setelah hujan melebihi isipadu sebenar selama 2 hari berturut-turut. Sehingga pagi ini beberapa pusat pemindahan telah di buka di Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu. Beberapa mangsa juga sudah ditempatkan di pusat pemindahan tersebut tersebut. Beberapa jalan utama di Kuala Nerus, Dungun juga telah dinaiki air dan tidak sesuai kenderaan ringan. Kemungkinan Kawasan Besut juga akan banjir menurut maklumat yang baru diterima pagi ini.

2. Sehubungan dengan itu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mengaktifkan Pusat Operasi Bantuan Banjir yang berpusat di Pejabat Amal Terengganu, Gong Badak. POBB ini akan di ketuai oleh Cg Mohammad Fauzi Abu Samah dan seluruh AJK Amal Terengganu. Saluran komunikasi akan dibuka kepada orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut di talian 09-6627380 atau Setiausaha Kerja Amal Terengganu, Sdr Wan Mohd Ikhwan ditalian 011-10693390 [ikhwan@yamct.org.my]

3. Saya juga menyeru kepada para penyumbang yang budiman untuk menghulurkan sekampit beras sekilo gula kepada mangsa banjir. Saluran bantuan boleh lah berhubung terus di pejabat Amal Terengganu; Lot 30430, Tingkat Atas Rumah Kedai, Taman Hidayah Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu. Atau segala sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank Islamik: Amal Terengganu Dana Bencana bernombor 563064131947.

4. Semoga segala amalan kita diterima olehNya sebagai salah satu amalan Soleh yang membawa ke Syurga.

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
0199563653
suhazeli@yamct.org.my
www.yamct.org.my

Post Author: admin