ISNIN, 7 SEPTEMBER 2020. Alhamdulillah Program AMALNITA di Sabasun Bukit Kecil telah berjaya direalisasikan dan melibatkan seramai 11 orang sukarelawan AMALNITA. Aktiviti sepanjang program, pengagihan stokin sebanyak 150 pasang kepada para pengunjung, pembukaan booth wakaf Al-Quran dan kutipan dana Aid4Lebanon.
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan para pengunjung yang sudi menyumbang untuk tabung dana dan wakaf Al-Quran. Moga segala amal kebajikan kita diredhai Allah S.W.T.