Site Loader

Program derma darah yang dianjurkan bersama Hospital Sultanah Nur Zahirah dan YAMCT telah berjaya diadakan sepanjang Ramadhan lepas. Lebih dari 16 buah masjid pilihan seluruh Terengganu telah turut memberikan kerjasama dalam melicinkan lagi program tersebut.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program kempen derma darah pada tahun ini”. Ucapan dari koordinator program derma darah Ramadhan Yamct, Cg Hj Razali Yunos.
“Lebih dari 500 paint darah berjaya dikutip. Satu jumlah yang amat mengembirakan kami. Meningkat dari tahun lepas. Ini adalah program kerjasama kali ke 7 dibuat bersama HSNZ.” Ujar beliau.

image

Post Author: admin