Program Derma Darah Dungun

Program Derma Darah Dungun

Program Derma Darah telah diadakan di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun pada 6 Mac 2020. Program berlangsung sejurus selepas solat Jumaat dengan kerjasama AJK Masjid dan Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Turut hadir, ADUN Sura, YB Cikgu Wan Hapandi bin Wan Nik. Alhamdulillah kami berjaya mengumpul sebanyak 60 pain darah. Terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Masjid, Unit Tabung Darah HSNZ, dan para penderma Dungun.