
Dato’Datin/Tuan Puan/Sahabat Sahabiah yang dikasihi
Tahun 2015 ini sekali lagi untuk kali yg ke-8, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (yamct) diamanahkan untuk ke sudan bagi membantu komuniti muslim di sana termasuk pelarian Islam Ethiopia yg lari dari peperangan sempena Hari Raya Aidiladha pd tahun ini.
Sudan memiliki 20 wilayah dgn penduduk berjumlah 30juta orang yg 90% adalah bragama Islam tidak trmasuk pelarian negara jiran. Penduduk di sana keseluruhannya berada dalam kelompok doif dan kemiskinan. Hampir tiada langsung golongan pertengahan. Selepas brpisah dgn Sudan selatan, negara tersebut masih brgelut mncari sumber ekonomi baru utk mnjana pendapatan.
Penduduk doif di sana hanya mampu merasai daging setahun sekali sahaja. Jika mndapat daging…mereka akn keringkan daging tersebut utk tahn lama dan boleh dimakan beberapa kali
Tahun 2014, yamct brjaya menyumbang sebanyak 463 ekor lembu dan 653 ekor kambing dan sebanyak 5400 naskah Al Quran Waqaf utk masjid, pondok anak yatim, dan sekolah2 usang yg umpama bangsal. Al Quran Waqaf itu disumbangkn ke Sudan, Nepal (gempa bumi) dan pelarian Rohinya di kem aceh. Itu pun, bantuan tersebut masih blm mncukupi dan sangat diperlukan lg.
Tahun ini, Yamct berazam utk menghantar sebanyak 1000 ekor lembu dan 1000 ekor kambing beserta sebanyak mungkin Al Quran Waqaf utk meringankn beban saudara seakidah kita di sana. Wilayah yg akn dijalankan misi ialah di Gadarif dan Kassala.
InsyaAllah, delegasi misi akan berada di sudan pd 22-28 september 2015 dan menyambut raya aidiladha di sana
semua peserta program ini akan diberikan :
– resit & sijil
– gambar/dokumentasi korban aqiqah
– laporan sebelum, semasa, dan selepas program
– lebihan duit akn disalurkan kpd mangsa musibah seperti banjir, fakir miskin, dan pelbagai lg. Pahala sedekah berganda ini akn diniatkn kpd penyumbg/peserta
“Bantu Kami Untuk Membantu Mereka”
trima kasih atas keperihatinan Dato’Datin/ Tuan Puan/ Sahabat Sahabiah sekalian dan terima kasih kerana berbesar hati membantu menyebarkn info ini kepada rakan2 dan group wasap serta semua saluran media.
Semoga Allah memudahkan urusan anda semua dan semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungannya. Amin !
Wan Mohd Ikhwan Wan Ariff
Setiausaha Projek
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
tel : 011 106 93390
############
mohon kongsikan dan sebarkan