Rombongan YAYASAN AMAL MALAYSIA cawangan Terengganu ke Padang, Indonesia

20hb Okt 2009 – Sekumpulan 6 orang petugas dari Yayasan Amal Terengganu telah bertolak ke Pariaman, Padang, Indonesia bermula dari 15hb Okt 2009 selama 4 hari, bagi misi k
emanusiaan setelah bumi Minang tersebut dilanda kegoncangan gempa bumi pada kekuatan 7.6 S.R pada 30hb September 2009 baru-baru ini.
Kumpulan kedua dari Yayasan Amal Malaysia ini telah diberikan tugasan untuk membantu mencapai sasaran menyediakan 12 telaga sumber air bersih yang sangat – sangat diperlukan
oleh masyarakat yang ditimpa musibah kepada beberapa buah kampung dipersekitaran POSKO di kampong Lubuk Pandan yang menjadi pusat operasi kami disana. Dengan kepakaran teknologi penyediaan “tube-well” yang banyak dipraktikkan dinegeri Kelantan & Terengganu, Yayasan Amal Malaysia berkeyakinan, keperluan mendesak kepada sumber bekalan air bersih itu dapat dipenuhi.
Diantara kampong yang berjaya disiapkan sumber air bersih itu adalah Kampung Lubuk Pandan, Kampung SiGaung, Kampung Segenting, Kampung Penyalai dan Kampung Teluk Asam. Tidak dapat digambarkan, kegembiraan bagi penduduk setempat apabila setiap kali kerja – kerja mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan mereka siap diusahakan.
“Kami merasa puas apabila setiap satu telaga disiapkan disambut dengan gembira oleh
penduduk kampung, walaupun badan kami keletihan” ujar Mohamad dari Dungun yang mana penggalian telaga kaedah ini sudah tidak asing bagi dirinya di Dungun, Terengganu.

Bagi En Zaradi Bin Su, 44 tahun, beliau merasa amat berterima kasih kepada kesemua penyumbang – penyumbang yang telah berderma melaluinya sebelum beliau
berangkat mengikuti misi Yayasan Amal Terengganu ke Padang. “ Banyak yang telah dimanfaatkan hasil sumbangan orang ramai, antaranya pembelian peralatan, paip, pam air dan keperluan – keperluan lain”, ujarnya.
Pada hari keempat misi kedua Yayasan Amal disana, satu program bersama masyarakat setempat telah disusun untuk majlis pengagihan selimut dan sumbangan makanan kepada kanak – kanak. Dalam majlis itu juga, penduduk disitu telah dimaklumkan dengan usaha kami bagi menyegerakan penggalian telaga air bersih dan kerja – kerja kaunseling kepada pelajar di Sekolah – sekolah. Berkebetulan juga, di lokasi majlis
tersebut, terdapat sebuah telaga yang siap
dibina telah menjadi ikon perasmian “sumur bor” (Tube-well) Yayasan Amal Malaysia.

“Dianggarkan, tidak kurang dari 200 orang penduduk telah mengambil kesempatan menerima sumbangan derma dari kami, rata – rata mereka meluahkan rasa amat bersyukur dan tidak henti – henti mengucapkan terima kasih kepada kami, ini sekaligus, menolak provokasi pihak
media tentang adanya konfrontasi antara Malaysia – Indonesia. Kami diberi layanan dan kerjasama yang baik dari kesemua penduduk yang ditemui”- ulas Wan Adib dari Paka.

Dalam majlis yang diadakan pada sebelah petang hari kempat operasi itu, Selimut, Sarung dan beberapa jenis makanan keperluan telah selamat diagihkan kepada lebih 200 orang penduduk. Rombongan bertolak kembali ke tanahair pada 20hb Oktober 2009, Selasa.