Rumah Mangsa Banjir YAMCT-Maybank 2013 Hampir Roboh

image

Felda Seberang Tayor 20 Dis 2014: Banjir gelombang kedua seluruh Terengganu mencatatkan ramai mangsa terlibat dan kerosakan harta benda. Salah satu darinya adalah sebuah rumah salah seorang mangsa banjir tahun lalu di Felda Seberang Tayor, Jalan Air Putih Kemaman. Rumah tersebut hampir roboh dah menunggu masa untuk dihanyutkan oleh air deras (sebelah kiri dalam gamabr).
Mengikut maklumat bahawa Jalan Air Putih di Kampung Seberang Tayor di Kemaman ditutup sejak 12 tengah malam semalam kepada semua
kenderaan apabila jalan tersebut terputus dua, menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman. Jurutera Daerah JKR Kemaman, Ir Hasmi Ahmad berkata jalan tersebut terputus akibat air banjir yang terperangkap dalam satu lubang besar berkedalaman 100 meter yang terbentuk di lombong bijih besi Machang Setahun tidak
sampai 10 meter dari jalan itu.

“Air yang memenuhi lubang besar tersebut menyebabkan berlaku tekanan tinggi dan akhirnya tebing jalan itu mula terhakis sebelum jalan terputus dua,” katanya ketika ditemui
pemberita.
Hasmi berkata pihaknya akan memasang jambatan mudah
alih pasang siap iaitu Jambatan Bailey di laluan itu sebagai jambatan sementara untuk kemudahan penduduk sebaik sahaja air surut.

“Kita juga telah memgambil tindakan segera dengan memasang ‘barricade’ (alat penghalang) serta papan tanda
amaran di laluan berkenaan,” katanya.
Hasmi berkata, berikutan laluan itu terputus, penduduk kampung sekitar perlu menggunakan Jalan Mak Lagam dan Jalan Padang Kubu untuk ke bandar Cukai. Jalan yang terputus itu merupakan jalan utama untuk ke
bandar Cukai bagi penduduk di beberapa kampung seperti
Kampung Seberang Tayor, Kampung Felda Seberang Tayor, Kampung Batu 14, Kampung Dadong, Kampung Tebak,
Kampung Air Putih dan Kampung Teladas.