Site Loader

image

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu melalui Unit Waqaf Al Quran  mengajak saudara semua untuk menyertai Program Waqaf Al Quran kepada mangsa-mangsa #Banjir2014 dan kepada semua institusi-institusi seperti masjid, surau, pondok-pondok dan madrasah yang terlibat dengan #banjirkelantan #BanjirTerengganu #BanjirPahang.

image

Musibah bencana yang melanda negara baru-baru ini bukan sahaja menimpa rakyat tetapi turut memberi kesan kepada institusi pendidikan, ibadat dan seumpamanya.

Skim kelolaan Yamct ini akan memberi ruang kepada muslimin dan muslimat melabur ke saham akhirat. Dengan nilaian RM25 bagi setiap naskah Al Quran, saudara boleh berniat untuk mewaqaf kepada siapa sahaja, seperti untuk diri sendiri, anak-anak, ibubapa, arwah dan lain-lain. Saudara boleh terus menyumbang kepada Tabung Waqaf Al Quran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu di akaun sepertimana berikut:

No : 13017010824 108
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Nama: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
a) 019-9563653
Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi YAMCT.
Email: suhazeli@yamct.org.my

b) 019-9822855
Mohd Nasrun Abdullah
Unit Waqaf Al Quran YAMCT.
Email: mohdnasrunabdullah@gmail.com

Unit Waqaf Al Quran YAMCT juga berusaha menjalankan aktiviti pelupusan Al Quran yang tenggelam banjir dan akan menggantikan dengan Al Quran baru melalui skim wakaf ini.

Segala kerjasama dan sumbangan dari pihak saudara didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. JAZAKALLAH KHAIRAN JAZA’.

Boleh rujuk FB:
fb.com/AmalTerengganu
Atau Website
www.yamct.org.my

Sekian.
Akhukum fillah
Mohd Nasrun Abdullah
Ketua Unit Waqaf Al Quran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
Lot 30430 Tingkat Atas Rumah Kedai,Taman Hidayah Gong Badak 21300 Kuala Terengganu.

Post Author: admin