Sukarelawan Amal Ke Myanmar

2 Jun 2008, Isnin (AMAL) – Bencana ribut yang melanda negara Myanmar akan tetap di ziarahi oleh Sukarelawan AMAL. Menurut Sdr Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden AMAL pasukan pertama akan di hantar pada 4 Jun hingga 8 Jun 2008 ini. Pasukan ini akan terdiri dari 2 orang doktor, 3 pembantu doktor dan 1 orang wartawan serta di koordinasi oleh Sdr Jamuliddin sendiri.
Sukarelawan AMAL telah tertangguh dalam misi kemanusiaan mereka ke Myanmar atas sebab pihak kerajaan Myanmar yang memerintah tidak membenarkan sebarang misi kemanusiaan dari negara luar sebelum ini. Namun beberapa hari kebelakangan telah ada sedikit kelonggaran untuk para sukarelawan mendapatkan visa bagi membantu rakyat Mynamar yang di landa bencana tersebut. AMAL berasa bertanggungjawab untuk membantu rakyat Myanmar atas prinsip kemanusiaan. Dengan bantuan dan sokongan terus dari Kerajaan Negeri Selangor, maka AMAL dapat meneruskan misi kemanusiaan tersebut.
Menurut Sdr Jamuliddin lagi antara yang akan turut sama adalah YB Dr Hj Abd Rani Osman, Naib Presiden AMAL serta Ketua Biro Relief AMAL, YB Dr Ahmad Yunus Hairi, Timbalan Ketua Biro Perubatan AMAL, Hj Mohd Azmi Bendahari AMAL Cawangan Selangor dan beberapa Sukarelawan AMAL dari Cawangan Selangor. Pasukan ini antaranya akan membuat tinjauan awal bagi persediaan awal beberapa siri misi kemanusiaan dari AMAL kelak.
Sementara itu, AMAL Cawangan Selangor masih lagi membuka Pusat Terima Bantuan Misi Kemanusiaan Myanmar & China bertempat di Aras LG, Bangunan Darul Ehsan (SUK2), Persiaran Majlis, Seksyen 14, Shah Alam iaitu bersebelahan Shah Alam Sentral.. Tempat ini adalah anjuran pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Rodziah Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia. Pusat ini akan di buka kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada rakyat Myanmar & China. Ia di buka setiap hari dari 10.00 pagi – 6 ptg sehingga 16 Jun 2008.
AMA2008.