Kenali Kami

SEJARAH PENUBUHAN

Yayasan Amal Malaysia ditubuhkan pada 30 Mei 2001. Sejak penubuhannya, AMAL telah menjalankan banyak misi bantuan kemanusiaan yang melibatkan lebih dari 42 negara di rantau Asia, Afrika, Asia dan Eropah. Acara Tsunami Acheh 2004 adalah penyertaan AMAL sebagai badan amal dunia antara yang paling proaktif dalam menyalurkan bantuan. Yayasan Amal Malaysia juga mempunyai rakan kongsi dengan 9 NGO Kesejahteraan Antarabangsa dan telah menubuhkan badan amal antarabangsa yang disebut International Federation for Relief and Development (IFRD) untuk menyelaraskan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat dunia yang memerlukan. 

Sejak penubuhan IFRD, Yayasan Amal Malaysia masih diberi kepercayaan untuk memimpin kerja penyelarasan bantuan ke seluruh pelosok dunia melalui kerjasama anggota IFRD yang diwakili oleh NGO dari 9 negara iaitu India, Sri Lanka, Bangladesh, Turki, Indonesia, Filipina, Malaysia , Pakistan dan Sudan.

VISI

Menjadi NGO Kebajikan pilihan dunia menjelang tahun 2025.

MISI

Yayasan Amal Malaysia berkhidmat secara sukarela untuk membangun ummah melalui pendekatan pendidikan, kebajikan, kesihatan, kemanusiaan dan kemasyarakatan..

Yayasan Amal Malaysia melahirkan ahli dan sukarelawan terlatih untuk menghayati teras budaya AMAL.

TERAS BUDAYA

  • Berilmu
  • Beriman & beramal
  • Berakhlak mulia
  • Berprinsip & berdisiplin
  • Berkemahiran & berketrampilan
  • Berkasih sayang, jujur & hormat-menghormati
  • Beramal kerana Allah