YAYASAN AMAL MALAYSIA

Anugerah Penganjur Paling Aktif 2022

Slide 2
Slide 3
photo1655701879
previous arrow
next arrow

 
Kuala Terengganu: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu dikurniakan Anugerah Penganjur Paling Aktif 2022 di Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2022 yang diadakan pada 18 Jun 2022 di KTCC Mall, Kuala Terengganu.

Anugerah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Hajjah Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Yang Berbahagia Dato’, Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, dan kepada para penderma darah sekelian.