Program Qurban & Aqiqah melalui AMALQURBAN daripada Yayasan Amal Malaysia ini dengan motto #feedthepoor adalah program bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan (kebuluran/peperangan/IDPs/pelarian/penyisihan lantaran penafian hak beragama terhadap masyarakat minoriti Islam dll) di pelbagai pelusuk dunia melalui pendekatan bantuan makanan melalui ibadah qurban dan aqiqah.
Program ini juga bersekali membina rangkaian kerja dakwah dan program kemasyarakatan Pusat Dakwah Serantau (PDS), Yayasan Amal Malaysia dan gabungan NGO International Federation for Relief and Development (IFRD)