
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu hari ini turun ke sebuah rumah mangsa banjir di Kampung Dabong, Kuala Krai Kelantan. Tujuan utama adalah untuk membina semula rumah sebuah keluarga ibu tunggal yang musnah ketika banjir pada 2014 yang lalu. Penderitaan keluarga tersebut bukan sahaja tempat berlindung dalam keadaan yang dhaif, namun hidup bersama mereka seorang anak yang cacat.
Keprihatinan ini terpanggil oleh Yamct, dan hari ini satu rombongan telah ke sana bagi membina semula rumah yang musnah. Rombongan ini diketuai oleh Timbalan Pengerusi YAMCT, Cg Fauzi Abu Samah. Turut serta dalam rombongan tersebut adalah Dr Azman Ibrahim selaku AJK Yamct merangkap Pengerusi DUN Jabi Setiu.
Koordinator wakaf naskah Al Quran, Ustaz Nasrun Abdullah juga turut serta dalam rombongan kali ini bagi menyempurnakan amanat para penderma untuk mewakafkan naskah Al Quran.