Site Loader

Ustaz Wan and Nepalis1. Bencana gempa bumi terbaru di Nepal melibatkan lebih 8000 kematian setakat ini. Dua gegaran besar 25 April dan 12 Mei lalu mengakibatkan 500 hingga 600 ribu rakyat Nepal hilang tempat perlindungan selamat. Rumah dan bangunan selamat ranap sama sekali.

2. Pasukan pertama Yayasan Amal Malaysia tiba di negara bencana gempa tersebut pada awal Mei lalu. Manakala pasukan kedua masih berada di sana bagi menyantuni mangsa-mangsa gempa bumi yang cedera.

3. Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama pasukan perubatan dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) akan menghantar pasukan ketiga pada 21 Mei nanti. Pasukan ini akan dipimpin oleh Ketua Setiausaha Yayasan Amal Malaysia bersama 3 pegawai perubatan dari Papisma dan 9 sukarelawan.

4. Yamct juga menghantar khusus beberapa ahli jawatankuasanya untuk memberi khidmat kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang amat memerlukan ini. Yamct akan diketuai oleh Cg Mohd Fauzi Abu Samah.

5. Antara objektif utama misi kemanusiaan ketiga ini adalah;
i. Rawatan perubatan ke atas mangsa yang cedera
ii. Menyediakan khemah-khemah hasil derma dari seluruh rakyat Malaysia.
iii. Membekal makanan harian kepada mangsa yang dhaif.
iv. Memberi sokongan psikologi kepada mereka.
v. Menyumbangkan amanah wakaf Al Quran kepada mangsa-mangsa bencana

6. Sehubungan dengan itu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu masih lagi memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi memberi santunan maksimum kepada mangsa gempa bumi di Nepal. Sumbangan boleh disalurkan kepada Akaun Maybank Islamik Amal Terengganu Dana Bencana nombor 563064131947

Post Author: admin