Program Dapur Rakyat telah diadakan di Kuala Berang dengan harapan mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir di sana. Program ini diadakan hasil kutipan sumbangan orang ramai, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor.

Beberapa orang wakil Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor dan sukarelawan dari pelbagai daerah turut hadir membantu bagi melancarkan lagi proses agihan sumbangan. Insya Allah program ini akan diteruskan lagi ke beberapa daerah yang terjejas dengan bencana banjir.