YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

Program Komuniti Sosial bersama Taylor’s University

10930915_1139655952727352_3362459486822074464_o31 Mei 2015, Ahad: Bertempat di Mahad Tahfiz Wat Tarbiyah Terengganu (MTT) Kg. Tok Jiring, seramai 44 orang anak-anak yatim sekitar Parlimen Kuala Nerus di bawah naungan YAKEP telah dikunjungi dan disantuni oleh delegasi daripada Taylor’s Universiti. Delegasi terdiri daripada 33 orang mahasiswa/wi dan 8 orang pegawai termasuk pengsyarah yang diketuai oleh Dr. Najihah Bintu Dr.Daeng Sanusi.

 

Menurut Dr.Najihah, program ini merupakan “first project” yang dirancang oleh para pelajar daripada fakulti kulinari, hospitaliti, dan perlancongan yang merupakan salah satu subjek praktikal yang perlu dilalui para pelajar sebelum menempuh alam kerjaya. Dr. Najihah juga turut berkata, program ini adalah slot terakhir dalam siri program mereka di Terengganu dengan kerjasama pelbagai pihak pada kali ini.

 

Dalam program komuniti ini, selain digembirakan dengan sesi permainan indorgame yang disediakan para pelajar Taylor, anak-anak yatim juga diberikan sumbangan berupa hamper barangan, wang tunai, pek sumbangan daripada etika insuran, bag sekolah dan alatan tulis, dan yang paling menarik mereka turut diberikan bungkusan biskut istimewa yang disediakan khas oleh para pelajar Taylor. “Semua sumbangan yang diberikan kepada anak-anak yatim ini diusahakan sendiri oleh para pelajar Taylor, dan ia merupakan pengalaman berharga buat mereka” kata Dr.Najihah. “Saya sendiri amat gembira dan puas hati melihat keceriaan di wajah para pelajar Taylor dan anak-anak yatim. InsyaAllah di masa akan datang, kita akan bekerjasama lagi dengan pihak YAMCT untuk program-program lain” tambah Dr.Najihah lagi.

 

Sementara itu, menurut En.Che Salmi Che Ibrahim yang merupakan naib pengerusi YAMCT, pihak YAMCT sentiasa mengalu-alukan sumbangan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi tujuan kebajikan kepada masyarakat sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak Taylor’s Universiti. “kita sentiasa bersedia membantu dalam menjayakan agenda kebajikan kepada masyarakat samada di tanah air mahupun antarabangsa” tambah beliau lagi

×