YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

Qurban & Aqiqah Afrika 2022

Alhamdulillah. Amanah yang diberikan rakyat Malaysia, Singapura, dan Brunei telah berjaya kami laksanakan dengan sempurna. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang diwakili oleh cikgu Nawi dan cikgu Li bersama dengan team induk Yayasan Amal Malaysia menjadi pelaksana program ibadah Qurban & Aqiqah 2022 dinegara Chad pada tahun ini. Sebanyak 9 ekor unta, 155 ekor lembu, dan 154 ekor kambing telah diqurbankan, diaqiqahkan, dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Kami telah berkolaborasi dengan pihak AMAL Kelana, PASTI, Al-Azhar Care, PAPISMA, Persatuan Ibu Tunggal Terengganu (PITT), KMK Brunei Darussalam, dan Sabasun Hyperuncit.

Kepenatan yang dirasai petugas bagaikan hilang tatkala melihat kegembiraan yang terpancar diwajah penduduk Muslim Afrika. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pengQurban, pengAqiqah, dan rakan-rakan kolaborasi yang terlibat. Mudah-mudahan semua amal ibadah kita diterima dan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisiNya. Amiin Ya Robbal ‘Alamiin.

photo_6233289348560826624_y
photo_6233289348560826623_y
photo_6233289348560826626_y
photo_6233289348560826627_y
293165573_4936074296424778_3165580801276611072_n
293494251_4938081716224036_7176688857047931435_n
293476157_4938087242890150_873894292404631399_n
previous arrow
next arrow
Shadow
×