YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

Sumbangan Boreng Air di Jabi

image

19 Dis 2014, Kg Bukit Tanah Jabi: Yayasan Amal Cawangan Terengganu berjaya menyiapkan pemasangan Boreng Air kepada sebuah rumah keluarga miskin pagi ini. Program yang julung kali diadakan ini mendapat kerjasama padu dari Dr Azman Ibrahim, pengarah MTD Dun Jabi dan Jabatan Amal Terengganu. Turut hadir dalam program tersebut adalah Dr Suhazeli Abdullah (Pengerusi Yamct), Cg Mohd Fauzi Abu Samah (Timbalan Pengerusi Yamct), Ustaz Mohd Hagia Sofia (Setiausaha Yamct), Sdr Zaidan Abdullah (Setiausaha Mtd Jabi) dan AJK Yamct. Sdr Sauji (Pengarah Jabatan Amal Terengganu) juga turut serta dalam menyiapkan kerja pemasangan Boreng Air ini. Pihak Yamct mengucapkan terima kasih kepada seorang penderma yang sudi menginfakkan wang bagi menjayakan program ini.

image

Sehubungan dengan itu orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan untuk menyiapkan beberapa tempat yang memerlukan khidmat ini seluruh negeri Terengganu. Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank Islamik “Amal Terengganu Dana Bencana 563064131947”

×