YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

Sumbangan Musim Sejuk Pelarian Syiria

Cg FauziInsyallah saya akan mengetuai rombongan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Trg bagi menyantuni Saudara kita pelarian Syria yg berada Di kem² kecil Di Jordan. Insyallah rombongan kami akan berangkat ke sana pada 19 Januari 2016.

Kami ke sana atas 3 misi iaitu;
1. Edu4Syrians
2. Blankets4Syrians
3. Quran4Syrians

Edu4Syrian adalah projek kami berkaitan Pendidikan iaitu untuk pembinaan Dan perjalanan pengoperasian sekolah sepanjang tahun.

Blanket4Syrian pula adalah keperluan musim sejuk yg akan dilalui oleh pelarian Syria seperti blankets, pemanas dan lain.

Manakala Quran4Syrians adalah projek baru kami iaitu mewakafkan AlQuran untuk pelarian Syria. Semoga mereka semakin dekat dgn kallam Allah.

Justeru kami membuka peluang pada semua sahabat dan kenalan untuk bersama kami membantu mereka.

Mari menyumbang kepada mereka melalui kami. Insyallah kami akan sampaikan.

Rm 10 bagi anda mungkin tiada nilainya, tapi bagi pelarian Syria ianya sangat berharga, sangat bernilai bahkan sangat berharga.

Sebarang sumbangan bolehlah menghubungi saya, Cikgu Fauzi Di talian 0139238685

Bantulah kami membantu mereka.

Mohamad Fauzi Abu Samah
Pengarah
Projek Khas Pelarian Syria d Jordan
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu
0139238685

×